Saya bertugas di tadika YITR Caw Wakaf Tembesu semenjak tadika ini dibuka pada tahun 1997. Saya amat gembira dan bersyukur kerana dapat bertugas di tadika ini. Tadika Wakaf Tembesu terletak di kawasan perumahan Gong Badak.
Tadika Wakaf Tembesu mempunyai dua belas kelas yang terdiri daripada enam kelas untuk lima tahun dan enam kelas untuk enam tahun. Guru Besar tadika ini ialah cikgu Mohd Hafiz Bin Omar dan Penolong Guru Besar ialah cikgu Zainatonnajar Bt. Embong.
Tadika Wakaf Tembesu merupakan salah satu tadika yang terkenal di kawasan Gong Badak dan Wakaf Tembesu serta merupakan yang ketiga terbesar dikalangan tadika Yayasan Islam Terengganu.
Di tadika ini saya dan rakan-rakan bertungkus lumus mendidik anak bangsa seawal usia lima dan enam tahun untuk melahirkan generasi ululalbab. Di tadika ini kanak-kanak di ajar membaca Al Quran, menghafal yasin dan terjemahan disamping matapelajaran yang lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Tulisan Jawi, Amali solat selaras kurikulum standard prasekolah Kementerian Pelajaran.
Walaupun mengajar kanak-kanak saya menghadapi banyak masalah namun saya akan cuba menghadapinya dengan tenang dan sabar. Seandainya saya menghadapi masalah yang tidak dapat diatasi saya akan kongsi bersama-sama rakan-rakan dengan meminta pandangan dari mereka. Saya sentiasa berdoa semoga anak didik saya akan beroleh kejayaan dan mengamalkan amalan yang baik yang telah diterapkan sewaktu di tadika sampai bila-bila seperti membaca Al Quran, solat, mengamalkan doa-doa harian, rajin membaca dan sebagainya.
 |
|
Saya kerap menghadiri kursus dan bengkel yang dianjurkan oleh Yayasan Islam Terengganu bagi memantapkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran supaya sentiasa bermutu dan ibubapa pula akan sentiasa berpuashati dengan guru-guru tadika Yayasan Islam Terengganu. Setiap saat saya berdoa semoga Allah memberikan saya kesihatan yang baik agar saya dapat menjalankan amanah untuk mendidik anak didik saya menjadi insan yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Kerjasama daripada ibubapa juga saya hargai kerana gandingan dari dua belah pihak akan membuahkan hasil yang lebih baik dan mantap.
Terima kasih tidak terhingga kepada Yayasan Ialam Terengganu kerana memberi peluang kepada saya untuk bekerja di tadika ini serta memberi peluang kepada saya untuk melanjutkan pelajaran keperingkat Diploma di Institut Perguruan Dato' Razali Ismail. InsyaAllah saya akan memikul tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya dengan penuh semangat dan patuh kepada Yayasan Islam Terengganu.
No comments:
Post a Comment