Tuesday 26 November 2013

Tugasan microsoft access

1. DEFINISI

 1.1 Apa itu Pangkalan Data

     Pangkalan data merupakan satu sistem simpanan data yang tersusun, biasanya dalam bentuk elektronik. sistem pemprosesan fail Tradisional sistem yang dilaksanakan secara manual dan tradisi. Data dan maklumat disimpan di dalam fail-fail kertas yang kemudiannya disimpan di dalam kabinet-kabinet khas. Fail yang disimpan adalah mengikut turutan abjad dan nombor rujukan supaya pencarian fail dapat dilakukan dengan sempurna.

rujukan :
( http://rezzennross.comze.com/Assignment/PDF%20@%20ICT/apa%20itu%20pangkalan%20data.pdf )

Monday 18 November 2013

terima tempahan apam polkadot

Saya ingin berkongsi resepi cara-cara membuat apam polkadot. Pada mulanya resepi ini hanya anak saya yang membuatnya dan menghantarkan apam di kedai yang berhampiran dengan rumah saya. Saya hanya membantu dan memberi sokongan kepada anak saya sahaja. Tapi....... lama kelamaan saya turut berminat untuk mencuba membuatnya sendiri. Akhirnya saya berjaya membuat kuih tersebut dan yang paling mengembirakan saya.......ada member yang sudi membuat tempahan apam polkadot itu sebanyak 3000 biji. Alhamdulillah saya berjaya menyiapkan tempahan tersebut dengan dibantu oleh anak-anak tersayang..terimakasih nik kerana sudi menempah apam polkadot kak.....



Thursday 28 March 2013

KHATAM AL QURAN



Program Pintar Quran Terengganu, pewaris generasi pintar dan berakhlak masa depan

Ribuan kanak-kanak Pra Sekolah telah berjaya khatam Al Quran
     Program Pintar Quran yang mula dilancarkan pada 2007 kini telah mencecah 6 tahun dan tahun 2012 lebih 9000 kanak-kanak pra sekolah berumur 5 dan 6 tahun telah khatam AL Quran dengan baik. Malah ada di antara anak-anak kecil ini mampu menghafaz Surah Yasin dengan maknanya dengan baik sekali. Ini bermakna anak-anak kita yang masih bersih hatinya boleh dileburkan dengan hafazan ayat AL Quran sejak kecil lagi bagi melahirkan insan yang hebat dalam semua bidang ilmu di masa depan.


TADIKAKU

          Saya bertugas di tadika YITR Caw Wakaf Tembesu semenjak tadika ini dibuka pada tahun 1997. Saya amat gembira dan bersyukur kerana dapat bertugas di tadika ini. Tadika Wakaf Tembesu terletak di kawasan perumahan Gong Badak.
          Tadika Wakaf Tembesu mempunyai dua belas kelas yang terdiri daripada enam kelas untuk lima tahun dan enam kelas untuk enam tahun. Guru Besar tadika ini ialah cikgu Mohd Hafiz Bin Omar dan Penolong Guru Besar ialah cikgu Zainatonnajar Bt. Embong.